Terbang ke Western Australia (family trip) - Itenarary [Part 1]

Alhamdulillah, walaupun sebenarnya kami masih tak percaya, tapi itulah realitinya, - kami sekeluarga dapat bersama terbang ke Australia Barat (Western Ausralia) dan spesifiknya ke Perth, Australia.

Semuanya bermula bila Airasia buat sales akhir tahun pada 2017 dan kami grab peluang tu untuk ke luar negara bersama. Tarikh dipilih Mac 2018. So kalau plan nak bercuti ke luar, duit kena standby siap2. tunggu jumpa tiket murah je. Lepas jumpa, sambar.

Perth lokasi yang kami pilih mengambil kira waktu penerbangan yang tidak terlalu panjang (5 jam) dan tak juga pendek. Kemudian, suasana goepolitik, beza waktu dan tahap pening kepala yang agak minimum (bahasa, ancaman keselamatan) dan yang paling penting peluang merasai percutian secara motorhome. Tak banyak negara yang menyediakan servis percutian secara motorhome. Bercuti dan bermalam di hotel agak tipikal, so aku decide nak cari pengalaman baru.


2 bulan sebelum tarikh terbang, kami masih ye tak ye nak bermotohome atau ke hotel. Sebulan sebelum baru kami decide. Tu pun tak ada itenarary detail lagi. book je motorhoe dulu. Sebab kalau book motorhome lewat (kurang 30 hari), harga dia jadi mahal. Kat mana nak book? Cuba google Mighty atau Maui atau Britz atau Apollo, tu antara jenama motorhome yang menyediakan servis sewaan di Perth. Ok, posting akan datang aku cerita proses nak booking motorhome ni. Insha-Allah.

Sebelum terlupa, (info penting) syarat menyewa motorhome ni antara perkara yang perlu diingat, tak boleh drive malam (so perjalanan kena ambil kira waktu siang sahaja. Kemudian, kita tak boleh bermalam tepi jalan suka2, motorhome ni ada tempat khusus untuk bermalam (campersite) kat situ ada site yang powered dan unpower site (untuk caj peralatan elektrik dan buang sisa2 kumbahan dalam motorhome tu). Kemudian, kalau nak menyewa perlu minimum 5 hari. Lain-aku cerita kat posting seterusnya ye.

Untuk posting ni aku fokus untuk share itenarary dulu. 

Macam mana nak start susun jadual itenarary? Aku pun blur mula2. Tempat nak singgah banyak, lepas tu jauh2 pulak tu. Nak menginap kat mana pula lepas tu? Pening. Aku ada juga follow grup FB 'Cuti-cuti Perth' di situ banyak juga info yang membantu. Cuma Kat situ tak ada ajar macam mana nak mula. Pandai2 kau la.

So aku mudahkan di sini, ikur step ni untuk plan trip korang:
1. Mula2 pilih dulu tempat2 menarik yang nak dituju di Perth.
2. Senaraikan je dulu. Lepas dah senaraikan, 
3. Kenal pasti kedudukan sebenar lokasi pilihan kita tadi tu.
4. Dari situ, baru kita dapat plan, susunan itenarary mengikut hari dan jarak perjalanan yang kita nak. Masa ni jangan rasa sedih bila tak dapat cover sesetangah lokasi pilihan. Berikan keutaman pada laluan yang kita nak sebab kita terikat pada masa nak pulang motorhome dan masa penerbangan balik. Ini tak mengambil kira faktor cuaca, halangan di jalanan termasuk halangan pada ahli dalam rombongan kita.]
5. Susun pengisian destinasi mengikut anggaran jarak perjalanan.
6. Kenal pasti tempat campersite (untuk bermalam). Semak fasiliti apa yang mereka ada dan sesuaikan dengan keperluan kita (swimming pool, playground, powered, unpowered, ada tapak bersimin atau tidak dan yang penting jarak nya mesti tak jauh dengan lokasi persingahan kita).
7. Kenal pasti keperluan ahli rombongan. Macam aku, selain isteri, turut bersama kami 3 orang puteri. 6, 4, & 2 tahun. Keperluan mereka kena ambil kira juga. Baru sama2 menikmati trip percutian.

 So, tu tips ringkas yang aku buat untuk plan trip ke Western Australia ni dengan motorhome. 

Untuk trip ni, aku ada 6 hari sahaja dan 5 hari untuk bermotorhome. Perjalanan kami bermula 6 Mac hingga 11 Mac 2018. 11 hb pagi tu, kami dah kena terbang balik.

Bila dah ada deraf kasar itenarary, lepas je mendarat, kita tahu mana kita nak tuju. Jangan lupa masukkan sekali lokasi nak pickup motorhome tu. Tu yang paling penting. Sebab tu kenderaan untuk bergerak ke mana2 lepas tu. Masa sangat singkat dan cuba elakkan pembaziran masa. 

Hal-hal lain macam tempat makan, public transport semua kena ambil kira masa nak plan in detail. Banyak juga aku miss part ni masa trip kami ni. Rugi masa dan lokasi persinggahan (tak dapat singgah).

So macam mana? Mencabar kan? sebelum aku share itenarary detail, jom iklan sekejap dengan teaser trip kami sebelum ni.



Berikut itenarary kami 6 Mac 2018, Selasa hingga 11 Mac 2018, Ahad. Oh ye. Kami bertolak bermula 5 hb sebab kami dari Johor. So ada penerbangan tambahan untuk trip kami.









Korang dah download ker imej2 tu? Tak perlu, aku beri link untuk korang download file powerpoint tu. Aku buat kat ppt, mengambil kira mudah nak susun dan view semua (kalau nk cetak boleh simpan dalam poket. Jangan mengharap pada henfon sangat. Aku guna excel untuk plan bajet trip je.

Ini link failnya. [TRIP TO PERTH - MAC 2018].

Ok bye.

Baca part 2: Tips Motorhome

Comments

Popular Posts