Nayla Setahun!


Deras terasa masa berlalu. Masih ingat lagi setahu yang lepas, anak ini masih dalam perut sang isteri. Di pagi Jumaat 1 Januari 2016, masih segar bila mana  kami sekeluarga  bercanda di kolam mandi melayani Si Sofiya dan Si Lydia. Tanpa diduga si kecil ini mahu keluar 3 minggu lebih awal daripada jadualnya. Inilah Nayla. 

Antara 3 heroin kami, Nayla paling menguji kesabaran kami. Lahir lalu tingkap, kemudian hampir 5 minggu berulang alik ke klinik dan hospital untuk cek kuning termasuk cek ibunya. Pernah warded sekali sebab demam kuning tinggi. Terasa berat dugaan, tak sama macam 2 orang heroin sebelum ini. Apakan daya, mungkin ini ujian daripada-Nya. Hati ini aku pujuk dengan mengenangkan nasib orang lain yang diuji lebih berat daripada yang aku alami. Pasti ada. Wahai hati, bersabarlah. 

Alhamdulillah, semua dapat kami lalui dengan baik. Syukur padanya-Nya, bersyukur juga pada mereka yang disekeliling yang memahami akan dugaan ini. Pasti daripada kesusahan, akan ada kesenangan. Hati perlu yakin dan cekal, pasti Yang Esa membantu. 

Selamat ulang tahun ynag pertama Nayla. Moga membesar dengan baik dan sempurna, diberkati usia. Menjadi anak yang solehah buat penguat agaman dan muslim seluruhnya, dan berbahagia dunia dan akhirat hendaknya. Amiin







Comments

Popular Posts