Hai Sabah!



Kalau sebelum ini ke Sabah sendirian dan bersama sang isteri. Tahun ini agak istimewa sebab berpeluang ke Negeri Di Bawah Bayu bersama anak². Ini pengalaman pertama mereka naik kapal terbang dan pengalaman pertama kami membawa anak² naik kapal.

Sangat berbeza bila travel sendirian, bersama orang dewasa dan dengan anak². Masa dan persiapan awal penting bila travel naik kapal kerana kita perlu menguruskan bukan saja diri sendiri dan pasangan, tetapi anak² bersama. Kerenah diorang jangan cerita la.

Sengaja nak bawa mereka naik kapal sebab nak mengalami sendiri bagaimana menguruskan anak² bila naik flight. Sambil² tu beri pengalaman pada mereka berkapal terbang. Destinasi Sabah dipilih sebab masa travel yang tak terlalu jauh dan tak terlalu dekat sangat. Sedang² elok untuk kutip pengalaman. Mana tau akan datang nak terbang lebih jauh.


Masa dipilih 2 minggu sebelum cuti sekolah. Of course masa ni sesuai sebab tak semak dengan orang² bercuti. Flight pula seawal pagi, jadi kena bangkitkan mereka seawal jam 4.30 pagi. Memang mengantuk la. Tapi kena pastikan mereka tidur awal juga. Nasib baik semua cool tanpa ada yang mogok. Beg pun dah disiapkan awal². So just make sure bekalan susu siap sedia dan mereka sempat membuang sebelum naik kapal. Tak kira la di airport atau di rumah. Lagi satu yang penting cetak tiket flight setiap seorang ahli termasuk anak². Ini untuk elak untuk mencetak tiket di kaunter. Sebab akan buang masa kalau tak cetak awal².

Dalam kapal, tempat duduk aku beli sebab naik airasia kan, senang nak uruskan diorang ni. 1 bag galas dengan segala mak nenek budak² ni masuk dalam kabin, siap sedia kalau² ada kecemasan. Pampers, susu, antara yang wajib selain gula² atau apa saja untuk mereka hisap bagi elakkan dengung.
Alhamdulillah, penerbangan berjalan lancar, anak² pun terkawal. Lompat², jerit² tu biasa la.
Mungkin sebab tak menjamah apa², makan beria. Nasib booking siap².



Jadual Percutian

Selepas survey ikut laluan, ini jadual percutian yang kami susun, ada juga tersilap info menyebabkan kami terpaksa beli tiket masuk 2 kali.

Hari pertama
- Ambil kereta sewa. Cari dan tempah kereta awal. Sebaiknya 1-2 minggu sebelum. Jenis kenderaan kena sesuaikan dengan bilangan geng dan beg yang di bawa. Siapkan wang sewaan  dengan bilangan hari yang dipersetujui.
- Cari makan dulu. Sebaiknya kedai makan termasuk dalam laluan ke destinasi seterusnya. Jadi jimat masa dan minyak.
- Lepas makan kami terus menghala ke Kundasang. Tapi sebelum tu kami singgah beli makanan tambahan sebab sesetengah homestay tak sediakan sarapan. Kalau lapar tengah² malam tak perlu sibuk nak cari kedai.
- Kami menginap di Ayana. Beberapa kilo sebelum Kinabalu Park. Daftar masuk pukul 2, tapi kami tiba awal. Ayana okay cuma bagi yang mahukan scenery cantik, ini bukan tempatnya. Sarapan juga tiada dan sedikit bertangga.
- Selepas solat dan bersiap, terus kami bertolak ke Kinabalu Park - kaki gunung Kinabalu. Bayaran masuk RM 3 sekepala. Kanak² terkecuali. Buang masa hampir sejam di sini. Tapi kecewa sikit - kabus tebal, tak nampak puncak gunung.
- Selesai di Kinabalu Park, kami terus ke Pekan Kundasang. Hajat nak ke Poring Hot Spring. Tapi sebab dah lewat, tak sempat ke sana. Sudahnya cari makan di  pekan Kundasang.
- Tiba di Ayana dah lewat. Semua penat dan mengantuk. Rehat untuk program esok pula.

Hari kedua
- Keluar seawal jam 7.30. Kalau keluar lewat tak dapat tengok puncak gunung dan lokasi destinasi akan sesak dengan manusia. Kami checkout terus di Ayana, sebab takut tak sempat tiba sebelum masanya.
- Destinasi pagi ni ke Dairy Farm. Ladang lembu yang ala² New Zealand. Tapi memang menarik tempatnya. View memang terbaik dan kena pandai cari port untuk bergambar. Ada bayaran untuk masuk dan nasib kami tiba awal. Orang masih tak ramai. Sarapan di sini sekali, minum susu lembu segar.
- Selesai di Dairy Farm, kami bertolak ke Poring Hot Spring, tapi lepas tu tak jadi. Kami lajakkan ke Spa Fish, di Ranau. 2 jam perjalanan. Masuk di Spa Fish RM10 sekepala untuk 'servis spa ikan' selama 20 minit. Best sebab main dengan ikan. Cuma tak mandi dengan ikan je. Kalau tak ke ketiak juga ikan ni spakan kita.
- Jam 12 kami bertolak ke arah KK, singgah sebentar di Poring Hot Spring, masa ni baru tahu, tiket masuk Kinabalu Park boleh digunakan di semua kawasan Kinabalu Park jika pergi pada hari sama. So ada kerugian di situ. Tapi bayarkan saja sebab dah sampai. Di sini tak mandi, just rendamkan kaki saja. Anak2 pula sibuk ajak nak mandi. Sebab takut makan masa lama tu yang tak mandi.
- Selesai di Hot Spring, kami bertolak menghala ke KK, sempat singgah makan  tengahari di Ranau. Selesai makan tengahari kami teruskan perjalanan ke bandar KK.
- Dalam perjalanan, sempat singgah di Jambatan Gantung Tamparuli. Lalu je. Tapi duduk dalam kereta. Buat syarat. Kalau orang tanya - dah pergi? Daaahhh.
- Kemudian sempat singgah di rumah terbalik. Sangat kecewa. Tiket mahal, padahal masuk tengok² je. Lainlah dapat tidur ke, dapat urut² ke. Ini masuk tengok2 tak sampai 10 minit, ambil gambar pun tak boleh. Sempat bagi cadangan untuk pasangkan TV, baru la real. Tapi malang tv tu replika je. Barang dalam tak ada. Selesai di sini kami teruskan perjalanan ke KK.
- Tiba di KK, terus ke Promenade Servis Apartment. Telah ditempah awal. Agak berpatutan harganya cuma suasananya agak pelik sikit. Pada aku la. Mungkin sebab kawasan tu lepas kena fogging. Cuma menariknya kemudahan semua lengkap. Daripada dobi sampai ke bank.
- Sebab dah penat, kami rehat sebentar di bilik, lepas marghrib baru kami keluar makan. Lokasi pilihan berdekatan 1 Borneo dengan menu shellout.
- Selesai makan, balik ke apartment dan berehat.



Hari ketiga
- Pagi ni kami cuba aktiviti mencabar sikit. Mencabar sebab bawa anak kecil dan destinasi adalah ke Pulau Manukan.
- Keluar sedikit lewat sebab dah pukul 8. Tiba di jeti Jesselton jam 8.30 pagi. Deal beli tiket, beli saja di kaunter. Harga tak beza sangat pun kalau beli dengan agen. Tiket pun harga dewasa je. Kanak2 dapat percuma.
- Bekalan makanan bawa secukupnya di pulau makanannya mahal.
- 40 minit menaiki bot sambil menikmati laut, pengalaman yang menarik. Lebih berbaloi daripada rumah terbalik semalam.
- Tiba di pulau, main air la apa lagi. Cuma budak² ni takut air laut. Sebab berombak dan berpasir kot. Main sikit² je tak beria macam main kolam.
- Nayla dengan ummi dia duduk tepi je la.
- Sejam lebih main air kemudian bersiap dan kemas untuk balik.
- Di Pulau Manukan ada 1 kedai makan dengan harga yang masih berpatutan. Harga tak beza sejak kali pertama jejak tahun 2007 dulu.
- Pukul 1 petang kena tunggu bot. Sebab ikutkan jadual balik pukul 2. Tapi nasib ada geng yang ke tanah besar.
- Tiba di tanah besar terus cari makan. Nak cari tempat makan best tapi tak ketemu. Redha je jumpa kedai apa² pun janji kedai melayu. Bukan mamak.
- Selesai makan ingat nak ke Pasar Philipin. Tapi sebab penat terus balik bilik. Malam sebelum pergi makan, singgah Pasar Philipin - shopping sekejap. Sebab esok dah nak balik.
- Lokasi malam ni ke waterfront. Tempatnya gelap. Tapi nasib baik jumpa tempatnya. Masuk parkir berbayar, tapi lampu pun tak ada.
- Seusai makan kami terus balik memandangkan telah janji nak pulang kereta malam ni juga.
- Selesai pulangkan kereta, kerja mendobi baju pulak. Tak sanggup nak angkut baju berbau naik kapal.
- Mau pukul 12 lebih baru selesai packing.  Fuhhh. Esok sempat sambung lagi. Tidur.





Hari keempat
- Pagi² ni sambung semula mengemas beg. Sarapan sikit dalam bilik.
- Kapal pukul 10 pagi, jadi sempat la.
- Sebelum checkout, sempat cari uber untuk ambil ke airport. Apps kena install awal². Tak sampai seminit dah ada respon dan pemandu datang di tempat penginapan. Kalau naik teksi tu je la kan.
- Kami dapat kereta kancil. Tu je yang ada pagi² tu. Redha je la. Nasib beg dengan orang muat. Hehehe.
- Sampai di airport terus daftar masuk. Masa ni sempat la membuang apa yang patut. Si kecil Nayla seakan memahami, dia pun membuang sama.
- Cuma malangnya kami, kapal delay dekat 2 jam. Jadi melanguk tak buat apa. Pergi alas perut la untuk membuang masa.
- Kemudian kapal sampai juga akhirnya. Alhamdulillah semua lancar. Susu anak² juga siap. Masa ni la diorang lentok dalam kapal. Aman sikit masa balik ni.
- Tiba di Senai sekitar jam 3 lebih. Alhamdulillah semua selamat. Cuma ada 1 benda terjadi tanpa diduga (kes anak²). Mungkin sebab sejuk kot. Peringatan kepada diri sendiri untuk akan datang.

Tu saja pengalaman yang dapat dikongsikan. Pengalaman kali pertama bercuti naik kapal bawa anak² bukan seorang, tapi 3 orang sekali. Apa pun kredit juga kepada sang isteri menyusun keperluan anak² seadanya sepanjang pergi dan balik. Memang menduga bila bercuti sambil bawa anak kecil ni. Apa pun kunci utamanya kena bersabar sikit dengan kerenah anak². Nama pun budak.



Kemudian, perancangan awal memang sangat perlu untuk mengelak tambahan kos luar jangka dan pembaziran masa dan sumber. Kadang² hal peribadi kena juga dikorbankan untuk kepentingan bersama. Yang penting semua gembira, hal remeh² tu kalau ada, anggap je asam garam berkeluarga. :)

Comments

Popular Posts