Tanda² Besar Kiamat Mengikut Urutan


Mana yang rajin mencari atau yang mungkin terjumpa, telah diketahui beberapa tanda² kiamat. Tapi bila ditanya urutan atau susunannya, kita bingung memikirkannya. Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah, melalui kajian beberapa ulama berdasarkan sumber² hadith yang boleh dipercayai dan menjadi pegangan kita, diketahui susunan kejadian hari kiamat itu satu persatu.

Menurut ulama yang menyampaikan - Ustaz Zulkifli M Ali, kejadian kiamat itu berlaku sangat cepat ibarat gelangan tangan yang ada butiran yang diikat, seperti tasbih. Kemudian bila mana tali butiran tersebut dipotong, terkeluarkan butiran² itu yang pertama dan yang keduanya menyusul satu persatu dengan sangat cepat. Itulah gambaran kasar kejadian hari kiamat. Bersediakah kita?

Selepas Nabi Muhammad SAW diutus, umat manusia akan melalui 5 fasa yang mana 3 fasa telah pun berlalu dan kita kini berada pada fasa ke-4. Fasa yang amat kritikal dan klimaks yang kita sendiri akan melaluinya, jika dipanjangkan usia. Terdapat 10 tanda² besar kiamat, umat Islam yang hidup pada masa ini berpeluang melalui 7 dariapda tanda² besar kiamat. 4 akan berlaku pada fasa ke-4 dan 3 tanda² lagi akan dilalui pada fasa ke-5. Namun, alhamdulillah umat Islam tidak akan melalui 3 tanda² besar yang terakhir.

Pada fasa ke-4 ini juga, 4 kejadian besar kiamat 'akan' berlaku yang sempat dilalui umat Islam. Apakah 4 tanda² itu:
i. Kabus / Kabut tebal (dukhon) yang meliputi alam sekitar. (Imam Mahdi telah dibaia'ah saat ini)
ii. Keluarkanya al-masih Dajjal.
iii. Turunnya Nabi Isa (Jesus).
iv. Keluarnya Ya'jud dan Ma'jud (menutup fasa ke-4).

Sebelum berlaku tanda² besar tersebut, akan ada tanda² kecil yang muncul sebagai kunci untuk ingatan kita. Apakah dia?

Dan apakah 3 tanda² kiamat besar yang akan dilalui umat islam seterusnya? Serta apakah sebab² umat Islam tidak akan melalui 3 tanda² besar kiamat itu?

Semua disampaikan di dalam video berikut. Dengar dan fahami hingga akhirnya kerana dihujung rakaman video tersebut, akan disampaikan cara² dan persediaan yang perlu kita persiapkan untuk menghadapi saat² yang dasyat itu. Jaga diri anda dan keluarga anda. 

Moga kita sentiasa mendapat rahmah dan perlindungan daripada-Nya. Amiin Insya-Allah.


Comments

Popular Posts