Betul Dan Salah


Kadang-kala kita rasa kita dah buat sehabis baik. Bila ada kelemahan yang berlaku, kita dipersalahkan. Kita mengaku kesalahan kita.

Bila mereka melakukan kesilapan, mereka senyap, cuba menyelamatkan diri sambil² mencari kesalahan orang lain. Mereka tak mahu mengaku kesilapan.


Bila apa yang kita buat betul, dan tiada kecacatan berlaku. Mereka sepi, sunyi tanpa sebarang ungkapan, kemudian berlalu ibarat hembusan bayu.

Bila mereka betul dan tiada kelemahan muncul, mereka seronok. Bermegah, beria² dan mewar²kan kegembiraan itu. Mereka hebat.

Nasib kuli memang macam tu. Padan muka kau.

Bukan kesalahan yang dicari, bukan betul yang ingin dikejar. Tapi paling penting, apa pembetulan yang dibuat dan apa tindakan yang dilakukan untuk memperbaiki kelemahan demi kegembiraan bersama.

Comments

Popular Posts