Abah Nak Tess


Zaman teknologi sekarang ni, banyak betul gajet yang muncul. Kalau dulu telefon bimbit, walkman, diskman, dah dianggap canggih, sekarang ni semua tu dah pupus dan tak relevan langsung. Kini, telefon pintar menguasai dunia teknologi dan hampir saja menjadi salah satu keperluan diri dan bukan sebagai gajet sampingan.

Generasi Z yang lahir hari ni juga amat mudah terdedah dan cepat betul pickup dan adept dengan teknologi yang ada. Tak terkecuali zuriat aku sendiri.

Dalam aku syok replay Whatapps di henfon, "Abah, nak tess", sahut Lydia, anak ke-2 aku. Sebab dia dah nampak, malas nak bersoal jawab, aku hulurkan saja henfon aku pada dia. Dia ambil, sambil aku perhati gelagat dia. Jari dia ke atas, ke bawah, sambil anak mata mengikut. Tak lama lepas tu dengan suara Didi and friends. Hebat!



Tess tu kalau nak tahu bahasa baru yang diperkenalkan Lydia, merujuk pada telefon. Aku sendiri pun layankan guna bahasa tess tu. Mudah dan unik. Tapi kalau keluar bahasa pelat tu aku tak ikut la. Tak nak dia terbiasa. Cuma yang satu ni unik. haha

Diorang ni cepat tangkap. Kadang² tu bila kita tekan apa² apps, sambil diorang perati gerak jari kita, tak sampai 10 kali tunjuk diorang boleh dapat apa yang diorang nak. Semua hanya uji dan cuba (trial and error). Dan keberanian dan semangat itu la yang buat anak² kecil ni sentiasa cepat belajar. Kita?

Cuma bila dah selalu sangat bagi peluang, kena juga had kan juga penggunaan tess ni pada diorang. Tak boleh lama² dan kalau nak guna jangan depan diorang. Untuk mengelak daripada diorang nak main tess ni, kena la bijak buat aktiviti. Ye la, nak bagi diorang main kat luar mungkin bukan selalu. Bila dah terperap dalam rumah, mesti nak buat sesuatu. So, ajak la diorang mewarna ke, menulis ke, main baling² bola. buat origami, senang ceria banyak je aktiviti nak menarik perhatian mereka.

Sekurang²nya, mereka terdedah dengan aktiviti yang mengembangkan imaginasi, pemikiran kreatif dan kritis. Kena juga latih mereka selesaikan masalah. Contohnya betulkan seluar yang terbalik. Dalam mendidik tu pula jangan lepaskan saja. Kena bantu 2 ke 3 kali dan praktis bersama. Lepas tu biarkan mereka selesaikan masalah tu sendiri. Itu secara tak langsung didik sifat kendiri mereka ni.

Pada tahap umur sekarang ni 2-4 tahun, mereka perlukan perhatian. Aku beberapa kali sebelum ni pernah kena marah dengan si Sofiya ni (anak pertama biasanya banyak ajar mak pak dia do and don't). Sebabnya mudah je. Bila dia nak sampaikan sesuatu dan kita sibuk dengan henfon kita. Bila dia stres kita tak layan dia, tu yang kena marah. Siap rampas telefon yang kita pegang letak tepi. Kalau tak pun "Abah, simpan telefon tu", Masa tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Padan muka aku! haha.

Tapi bila diorang ni dah dapat akal dan terdedah dengan hiburan, hal ni jadi terbalik. Diorang yang akan ketagih nak main tess. Jadi, cara terbaik untuk elakkan anak² daripada asyik nak main tess adalah dengan elakkan diri sendiri daripada 'main' tess depan mata diorang. Tapi kalau dah terpaksa bagi tu, tapis la apa yang mereka akses terutamanya video. Youtube pun sekarang dah ada Youtube Kids. So selamat sikit.

Doakan yang baik2 untuk diri dan keluarga kita. Amiin!

Comments

Popular Posts