Kembali Ke Sekolah. Selamat Ulang Tahun ke-50 SMKDO!


Aku tak menjangka selepas 15 tahun, aku akan jejakkan kaki semula ke sekolah ini. Ini semua gara² sambutan jubli emas SMKDO, BP baru² ni. Agak teruja bila dapat jemputan untuk hadir ke majlis makan malam bersama semua super² senior sekolah ni. Bab makan aku tak berapa nak pandang sangat. Tapi teruja bila dapat peluang untuk jumpa geng² lama zaman sekolah dulu.

Nak dijadikan cerita, aku menunjukkan minat nak datang dan tak semena² aku dilantik untuk wakil batch. Dah kenapa? hish~. Aku layankan saja. Promo punya promo sudahnya 6 ketul je yang dapat join. Mungkin masing² ada komitmen dan tak dapat join (walaupun ada yang tak yakin dengan penganjuran dinner tu - boleh jadi ke jemput ikut whatapps je). Cerita banyak tak guna. Nak datang bayar, tak nak datang duduk tepi diam².


Aku datang sekadar tanda sokongan kepada sekolah yang dah banyak berjasa sehingga aku menjadi orang hari ini. Selain mengharapkan untuk berjumpa geng² lama dan juga cikgu² yang telah mencurah ilmu dulu. 5  tahun menuntut kat sini bukan tempoh singkat. Banyak suka duka di sini.

Ini lah sekolah yang aku kembali selepas 'balik' dari sekolah asrama. Kemudian tu saja aku ditawarkan untuk memegang jawatan pengawas. Aku turutkan saja selepas pujukan dan permintaan cikgu displin ketika tu. Tapi siapa menduga, tahun berikutnya aku ditawar pula untuk menjadi ketua pengawas! Fuhh! Apa dah tak ada lanang lain ke? Pening juga masa tu. Semalaman juga nak bagi kata putus kat cikgu. Sudahnya aku tolak. Dengan alasan aku tak bersedia. Walaupun sebenarnya aku punya alasan lain - yang kelakar. hahaha.

Tapi bila fikir balik, rasa menyesal tu ada sebab rupanya aku tak berani nak melawan kelemahan diri sendiri. Tak apa la, lain tahun boleh cuba lagi. haha. Banyak lagi kenagan lain, tapi tak payah la tulis. Sampai esok tak habis.

Masa majlis tu dapat jumpa 4 orang je geng 1 batch. Geng sekelas pun 2 orang je - Ani, dengan Topik. Riza pulak kandas tak dapat tiket kapal. Tak ada rezeki nak jumpa nampaknya. Yang lain langsung....taraq. 

Ni je geng 1 batch 1997 - 2001

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk berjumpa dengan cikgu paling glemer zaman aku dulu - Cikgu Amar. Masih sihat walaupun nampak berusia. Dia masih cam muka aku wei. Kuat betul ingatan. Nyesal pula tak bergambar. Lepas tu jumpa Cikgu Rozita (cikgu fizik). Yang ni sempat bergambar. haha.

Cikgu Rozta, Taufik & saya
Sebelum balik, aku sempat ronda ke kelas lama masa tingkatan 4 kat bangunan Awang Had. Dah jadi bilik pendidikan khas kelas tu. Tergerak juga nak panjat bangunan (aku lupa nama bangunan) form 5. Tapi berpagar dan kunci. Hasrat terbantut. Ada hantu? Time sekolah boleh la nak takut. Sekarang buat² berani sudah la kan. 

Bekas kelas tingkatan 4
Apa pun, keseluruhan majlis pada aku standard majlis sekolah², aku tak tumpu sangat pun apa yang berlaku kat pentas tu. Yang aku perasan ucapan pengetua panjang sangat. Sudahnya majlis habis sekitar jam 12 lebih. Tapi aku cabut awal. Esok kerja wei. Tapi menariknya kalau pergi majlis reunion sekolah ni, bila dapat pakai uniform sekolah semula. Ada pula yang pakai malam tu. Rasa muda beb. haha


Comments

Popular Posts